fluid money

PALAPES??

Mejar Prof. Dr. Zaini Assim
Timbalan Komandan

Apa itu PALAPES?

PALAPES ialah singkatan kepada Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Reserve Officer Training Unit atau ROTU). Pasukan ini ditubuhkan sebagai sebuah pusat untuk melatih pegawai dari kalangan pelajar. Penubuhannya adalah merupakan salah satu program negara melalui Kementerian Pertahanan. PALAPES berperanan untuk melatih bakalbakal pegawai dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tentang aspek ilmu dan kemahiran ketenteraan. Program latihan PALAPES akan melayakkan pelajar IPTAditauliahkan sebagai Pegawai Bertauliah oleh Seri Paduka Yang Di- Pertuan Agong dan pegawai tersebut layak untuk memimpin sebuah platun.
PALAPES juga adalah perintis jalan untuk mewujudkan satu barisan Pegawai Simpanan yang sentiasa bersedia untuk digemblengkan bagi menyahut seruan negara apabila diperlukan. Ia juga merupakan program usahasama di antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan IPTA bagi menguatkan benteng pertahanan dan ketahanan negara dari segala ancaman.

Apakah Asas Penubuhan PALAPES?

Penubuhan PALAPES di semua IPTA adalah berasaskan kepada:

1.Kesedaran dan kepercayaan bahawa kesemua IPTA dalam negara ini mempunyai potensi besar sumber tenaga manusia yang berkelulusan akademik tinggi dan boleh memberi sumbangan besar terhadap keperluan pertahanan negara.
2.Kepercayaan bahawa berasaskan kelulusan akademik yang ada pada mereka, mahasiswa-mahasiswi ini boleh dijadikan Pegawai Simpanan yang dinamik dan berdedikasi jika diberi bimbingan serta latihan ketenteraan yang sesuai.
3.Program latihan yang diberikan kepada pelajar selain daripada melengkapkan diri mereka sebagai Pegawai Simpanan tentera juga membantu IPTA dan negara dalam membentuk warganegara yang mempunyai sahsiah yang sempurna, berdisiplin dan ciri-ciri ketahanan nasional yang unggul.






Apakah Wawasan, Misi dan Objektif PALAPES UNIMAS?
Wawasan
“PALAPES UNIMAS sebagai pusat latihan yang berkemampuan tinggi untuk menyumbang ke arah peningkatan disiplin, keupayaan, dayasaing dan keperwiraan individu dalam menghadapi cabaran abad ke 21 melalui sistem latihan yang berkualiti dan inovatif demi memantapkan pertahanan negara”.

Misi
“Menyediakan program dan kemudahan latihan yang berkualiti tinggi dan berteraskan teknologi terkini ke arah mempertingkatkan keupayaan Pegawai Sukarela dalam mempertahankan negara”.



Objektif

1. Membentuk kumpulan Pegawai Sukarela yang terlatih dan berkualiti.
2. Menawarkan satu program dan kemudahan latihan yang menarik dan efektif berdasarkan kepada Rancangan Pengurusan Latihan (RPL).
3. Menyediakan program dan aktiviti yang sesuai bagi mempertingkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan Pegawai Kadet PALAPES UNIMAS.
4. Memperlengkapkan pegawai dan jurulatih dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan terkini.
5. Melaksanakan sistem pengurusan yang cekap dan efisyen.
6. Mengekal, mempertahan dan meningkatkan keutuhan PALAPES UNIMAS dan warganya.
7. Mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber ke arah pencapaian wawasan dan misi PALAPES UNIMAS.
8. Mengadakan kegiatan-kegiatan yang dapat memberikan sumbangan yang berfaedah kepada universiti dan komuniti.

1 comments:

  1. Adakah dengan menyertai palapes unimas,boleh berpeluang untuk menyertai palapes ATM ?

    ReplyDelete