fluid money

Kursus-Kursus



PALAPES

Apakah Kursus-Kursus Akademik dan Latihan Yang Ditawarkan oleh PALAPES UNIMAS?
PALAPES UNIMAS menawarkan sistem latihan Tentera Darat dan latihan Tentera Udara. Pelajar baru boleh memilih salah satu dari dua jenis sistem latihan tersebut, bergantung kepada minat masingmasing. Kursus-kursus pengajian bagi Pegawai Kadet PALAPES UNIMAS adalah seperti yang disenaraikan di bawah: Oleh kerana ketiga-tiga kursus tersebut adalah wajib, Pegawai Kadet
yang tidak dapat hadir perlu mengemukakan sebab yang bertulis atau dokumen-dokumen sokongan yang lain. Silibus Latihan Pegawai Kadet dijalankan mengikut peringkat yang
telah ditetapkan seperti berikut:

1. Tahun Pertama (Peringkat Junior) - Latihan Taktik Asas, Kawad, Senjata dan Ilmu Medan Perang.
2. Tahun Kedua (Peringkat Intermediate) - Latihan Baca Peta, Semboyan, Undang-Undang Tentera, Tugas Turus, Lanjutan Taktik dan
Kepimpinan.
3. Tahun Ketiga (Peringkat Senior) - Pembinaan kemahiran sebagai pegawai muda yang mampu memimpin platun.

Ilmu dan Kemahiran Pelengkap

1. Kerohanian - Pegawai Kadet juga dikehendaki mengikuti kursuskursus kerohanian termasuk:
i. Ilmu Keimanan,
ii. Ilmu Fiqh termasuk kaedah ibadat di medan perang, dan
iii. Ilmu Kepemimpinan Tentera Islam berasaskan buku: Muhammad SAW as A Military Leader, dengan kerjasama pendidik Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).
2. Soft skills - Pegawai Kadet juga diberi kursus soft skills yang berasaskan silibus Pusat Pemajuan Pelajar UNIMAS dengan kerjasama serta khidmat bimbingan staf di pusat tersebut.
3. Bahasa Inggeris - Semasa latihan Pegawai Kadet digalakkan bertutur dalam bahasa Inggeris.
4. Ilmu Asas Keusahawanan - Ilmu ini sebagai pelengkap kepada dayasaing mereka di dalam bidang kerjaya.

Bilakah Latihan Dijalankan?
Latihan PALAPES telah dirangka dengan sistematik supaya ia tidak mengganggu pembelajaran pelajar semasa belajar di UNIMAS. Jadual latihan lengkap diedar kepada pegawai kadet dan fakulti atau pusat masing-masing untuk memudahkan mereka menyelaraskan aktiviti latihan dengan aktiviti akademik. Walau bagaimanapun, penglibatan akademik diutamakan.





Masa latihan mengikut jenis-jenis latihan adalah seperti berikut:
• Latihan Tempatan: Latihan ini dilaksanakan pada hari Sabtu dan Ahad pada minggu kedua dan keempat setiap bulan. Latihan ini dilaksanakan di sekitar kawasan kampus dan Markas PALAPES UNIMAS. Pegawai Kadet akan melaksanakan latihan selama 240 jam dalam setahun.
• Latihan Berterusan: Latihan ini dilaksanakan selama 72 jam atau lebih. Kebiasaannya dilaksanakan selama tujuh hari secara berterusan dan diadakan dua kali setahun. Latihan ini biasanya diadakan semasa cuti semester.
• Kem Tahunan: Latihan ini diadakan setahun sekali selama 15 hari secara intensif dan berterusan. Pada kebiasaannya latihan ini dilaksanakan di luar markas. Latihan ini tertumpu kepada Peperangan Insurgensi dan Konvensional serta Pegawai Kadet berpeluang melawat unit-unit ATM, beriadah dan lain-lain.

0 comments:

Post a Comment