fluid money

Kebaikan




PALAPES
Apakah Kebaikan Menyertai PALAPES UNIMAS?

Seseorang pelajar yang menyertai program PALAPES sehingga tamat pengajian di UNIMAS akan memperolehi berbagai kemudahan dan peluang seperti berikut:
1. Penginapan di kolej kediaman Universiti.
2. Mendapat bilangan kredit (6) bagi tujuan pengijazahan.
3. Setiap Pegawai Kadet, Pegawai Muda dan Pegawai Sukarela akan diberi Elaun Latihan seperti berikut:
(a) Elaun Pakaian Seragam: RM400.00 permulaan semasa ditauliahkan.
(b) Elaun Pakaian Istiadat: RM1,500.00 setiap lima tahun, selepas ditauliahkan.
(c) Elaun Senggaraan Pakaian Istiadat: RM250.00 setiap tahun, selepas ditauliah.
4. Pakaian dan peralatan asas ketenteraan secara percuma.
5. Pengangkutan dan sajian secara percuma semasa menghadiri latihan.
6. Peluang memperolehi pengetahuan dan pengalaman tambahan sebagai seorang tentera seperti yang tersebut di atas serta melaksanakan latihan menembak senjata M16 dan senjata bantuan, latihan abseliling, merentas halangan dan latihan yang dilaksanakan oleh anggota tetap.
7. Dapat mengikuti aktiviti rekreasi seperti mendaki gunung, berkayak dan aktiviti yang mencabar dan menarik.
8. Peluang lawatan ke luar negara bagi Pegawai-pegawai Kadet yang cemerlang dalam akademik dan pelajaran ketenteraan.

”SENTIASA MEMIMPIN”

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
PALAPES UNIMAS
Kolej Kenanga
94300 KOTA SAMARAHAN, Sarawak
Tel: 082-673121/672136
Faks: 082-673122

0 comments:

Post a Comment